Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Trump luahkan harapan Korea Utara, Korea Selatan dapat 'hidup bersama' dengan aman

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump meluahkan harapan beliau semalam (18 Apr) agar Korea Utara dan Korea Selatan, yang secara teknikal masih berperang, dapat menjalin hubungan yang aman damai.

Anggaran Waktu Membaca:
Trump luahkan harapan Korea Utara, Korea Selatan dapat 'hidup bersama' dengan aman

(Gambar: AFP/Mandel Ngan, Ed Jones)

Diterbitkan : 19 Apr 2018 10:57AM Dikemas Kini : 19 Apr 2018 10:58AM

PALM BEACH, FLORIDA: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump meluahkan harapan beliau semalam (18 Apr) agar Korea Utara dan Korea Selatan, yang secara teknikal masih berperang, dapat menjalin hubungan yang aman damai.

"Kami berharap akan dapat melihat pada satu hari nanti di mana semenanjung Korea boleh hidup bersama dengan selamat dan aman," kata presiden Amerika Syarikat itu di sidang media bersama dengan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe di Mar-a-Lago di Florida.

Awal sebelum itu, pemimpin Amerika Syarikat itu mengesahkan bahawa pertemuan sulit diadakan antara ketua CIA dengan pemimpin Korea Utara.

Berita tentang pertemuan dan perbincangan antara Encik Kim dengan Mike Pompeo, pilihan Presiden Trump sebagai setiausaha negara yang baru, diadakan dengan penuh harapan.

Encik Kim pula dijangka bertemu dengan Presiden Korea Selatan Moon Jae-in minggu depan bagi membincangkan perisytiharan damai. Rundingan dengan Presiden Trump akan menyusul selepas itu.

Sehingga kini, kedua-dua pemimpin belum lagi bertemu dan berbincang secara langsung, menurut Rumah Putih, tetapi Presiden mendedahkan pada Selasa (17 Apr) bahawa terdapat usaha "peringkat tinggi" menjelang sidang puncak bersejarah itu - yang merujuk kepada lawatan Encik Pompeo.

Para pegawai Amerika Syarikat berkata lokasi rundingan belum lagi diputuskan, tetapi China, Korea Utara dan Korea Selatan dan Panmunjom di Zon Bebas Tentera adalah antara lokasi yang dipertimbangkan.  

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan