Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Trump laksanakan sekatan baru terhadap Iran?

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dijangka melaksanakan sekatan baru terhadap Iran berhubung program senjata nuklear di negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Jan 2018 03:09PM Dikemas Kini : 13 Jan 2018 12:53AM

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dijangka melaksanakan sekatan baru terhadap Iran berhubung program senjata nuklear di negara itu.

Hari ini (12 Jan), tarikh akhir bagi Presiden Trump sama ada untuk mengetepikan sekatan utama lain terhadap Iran yang ditarik balik di bawah perjanjian nuklear 2015.

Menurut Rumah Putih Encik Trump akan membuat keputusan tersebut berikutan pertemuan dengan penasihat keselamatan negara hari ini.

Menjelang pertemuan itu, Setiausaha Perbendaharaan AS, Steve Mnuchin berkata Presiden Trump digesa kuasa dunia untuk membuat sekatan baru terhadap Iran

Laporan sebelum ini menyatakan sekatan baru tersebut mungkin meyasarkan beberapa individu serta ahli perniagaan di Iran.

Di bawah perjanjian 2015, AS dan beberapa kuasa dunia memansuhkan sekatan ekonomi ke atas Iran sebagai pertukaran untuk Tehran membataskan program nuklearnya.

Kongres Amerika Syarikat memerlukan Presiden untuk mengesahkan semula setiap 90 hari bahawa Iran mematuhi perjanjian itu dan menentukan sama ada sekatan-sekatan AS akan terus digantung.

Pada Oktober lalu, timbul spekulasi bahawa Encik Trump akan menarik diri daripada perjanjian itu yang disebut sebagai yang paling buruk yang pernah dirundingkan.

Beliau enggan mengesahkan bahawa Iran mematuhi perjanjian itu, dan sebaliknya menuduh Tehran melanggar pelbagai syarat yang ditetapkan.

Keputusan itu meletakkan Amerika Syarikat di pihak bertentangan dengan Britain, Perancis, Jerman, Rusia, China dan EU, yang menandatangani perjanjian lain. 

Sumber : AFP/Reuters/SU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan