Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Trump iktiraf Baitulmakdis ibu kota Israel

Para pegawai Kanan Rumah Putih mengesahkan Presiden Donald Trump akan mengumumkan pengiktirafan Baitulmakdis sebagai ibu kota Israel hari ini(6 Dis), tanpa mengendahkan amaran keras kesilapan lalu yang boleh mencetuskan keganasan di Timur Tengah.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 06 Dec 2017 11:40AM Dikemas Kini : 06 Dec 2017 10:10PM

WASHINGTON: Para pegawai Kanan Rumah Putih mengesahkan Presiden Donald Trump akan mengumumkan pengiktirafan Baitulmakdis sebagai ibu kota Israel hari ini(6 Dis), tanpa mengendahkan amaran keras kesilapan lalu yang boleh mencetuskan keganasan di Timur Tengah.

Pegawai kanan pentadbiran Trump berkata, beliau akan membuat pengumuman bersejarah itu, pada jam 1.00 tengah hari waktu tempatan di Rumah Putih.

Pengumuman itu dibuat di tengah-tengah amaran sekutu Amerika Syarikat di seluruh rantau itu dan dunia.

"Beliau akan berkata pemerintah Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmakdis sebagai ibu kota Israel.

"Beliau menilai ini sebagai pengiktirafan realiti sejarah dan realiti moden," kata pegawai yang enggan disebut namanya.

Menyemarakkan lagi perbalahan yang sudah berlarutan sejak beberapa abad antara Yahudi, Islam dan Kristian, Presiden Trump juga akan mengarahkan memulakan langkah memindahkan Kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Baitulmakdis.

"Ia akan mengambil masa mencari lokasi, menangani soal keselamatan, mereka kemudahan baru, membiayai kemudahan baru dan membinanya.

"Ia mengambil masa beberapa tahun, ia akan mengambil masa," katanya, membayangkan langkah itu tidak akan dilakukan segera.

Dalam siri panggilan telefon penting menjelang pengumuman itu, pemimpin Arab Saudi, Mesir, Jordan, Kesatuan Eropah, Perancis, Jerman dan Turki memberi amaran kepada Presiden Trump mengenai tindakannya itu.

Pegawai pemerintah Amerika diarah menjauhi Kota Lama di Baitulmakdis dan Tebing Barat kerana menjangka bantahan besar-besaran.  

Sumber : AFP/SU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan