Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Trump dakwa sudah beri Putin amaran tentang campur tangan pilihan raya

Encik Trump dikritik oleh kedua-dua belah parti politik Washington kerana gagal menegur Encik Putin secara terbuka berhubung campur tangan pilihan raya di sidang media selepas mereka mengadakan sidang puncak Helsinki.

Anggaran Waktu Membaca:
Trump dakwa sudah beri Putin amaran tentang campur tangan pilihan raya

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump. (Gambar: Nicholas Kamm/AFP)

Diterbitkan : 19 Jul 2018 09:55AM Dikemas Kini : 19 Jul 2018 10:03AM

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Rabu (18 Jul) mendakwa beliau sudah memberi amaran kepada pemimpin Rusia Vladimir Putin semasa sidang puncak di Helsinki bahawa Amerika Syarikat tidak akan menerima sebarang campur tangan dalam pilihan raya negara itu.

Encik Trump menambah bahawa beliau "amat tegas menekankan kita tidak boleh terima sebarang campur tangan, kita tidak boleh terima langsung."

Encik Trump dikritik oleh kedua-dua belah parti politik Washington kerana gagal menegur Encik Putin secara terbuka berhubung campur tangan pilihan raya di sidang media selepas mereka mengadakan sidang puncak Helsinki.

Encik Trump sudah beberapa kali mempersoalkan secara umum dapatan risikan Amerika Syarikat yang menunjukkan Rusia campur tangan dalam pilihan raya 2016 dalam usahanya menggodam kempen pilihan raya calon parti Demokratik Hillary Clinton.

Encik Trump sekali lagi melakukan sedemikian di Helsinki, sebelum menarik balik kata-kata beliau pada Selasa dengan mengatakan beliau tersilap kata.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan