Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Trump bakal usul kakitangan sekolah dilengkapi senjata, naikkan usia minimum

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump akan mengusulkan kakitangan sekolah agar dilengkapi dengan senjata dan menaikkan usia minimum bagi membeli senjata api kepada 21 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Trump bakal usul kakitangan sekolah dilengkapi senjata, naikkan usia minimum

Presiden Donald Trump akan menaikkan usia minimum bagi membeli senjata api kepada 21 tahun.

Diterbitkan : 12 Mar 2018 10:32AM Dikemas Kini : 12 Mar 2018 10:34AM

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump akan mengusulkan kakitangan sekolah agar dilengkapi dengan senjata dan menaikkan usia minimum bagi membeli senjata api kepada 21 tahun.

Ini didedahkan dalam usulan keselamatan sekolah yang akan dikeluarkan pentadbirannya pada Ahad (11 Mac), menururt jurucakap Rumah Putih.

Encik Trump juga dijangka menyokong rang undang-undang Senat, di mana Senator Republican John Corryn dan Senator Demokrat Chris Murphy memperkenalkan untuk meningkatkan pematuhan federal dengan pemeriksaan rekod jenayah, kata jurucakap Rumah Putih Raj Shah pada Ahad di rancangan "This Week" ABC.

Insiden tembakan beramai-ramai di Parkland, Florida bulan lalu juga sudah memperbaharui debat Amerika berhubung kawalan senjata.

Para pelajar yang terselamat dalam insiden tembakan itu menggesa bagi undang-undang kawalan senjata lebih ketat selepas 17 orang maut di Sekolah Tinggi Marjory Stoneman Douglas.

Seorang bekas pelajar dituduh menggunakan senapang bagi melakukan tembakan beramai-ramai itu.

Semasa kempen bagi jawatan presidennya, beliau melaungkan sokongan terhadap hak senjata dan turut disokong oleh Persatuan Senapang Kebangsaan (NRA), iaitu kumpulan penyokong senjata yang berpengaruh.

Sejak insiden tembakan itu, beliau memberikan kenyataan mengelirukan tentang pandangannya berhubung dasar senjata, adakalanya menggesa bagi sekatan baru dan adakala pula menarik balik komennya.

Encik Shah tidak mendedahkan sama ada usulan Trump bagi meningkatkan usia minimum bagi membeli senjata tertentu akan dilaksanakan melalui sokongan undang-undang federal atau dengan mendorong negara untuk menguatkuasakannya. Ramai penggubal undang-undang Republican bagaimanapun mengatakan keputusan itu harus dibuat oleh wilayah itu sendiri.

Encik Shah juga mengatakan peruntukan juga akan disediakan, yang melibatkan "individu terlatih" di sekolah, termasuk kakitangan.

Sumber : Reuters/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan