Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Trump ancam cukai atas China, risiko perang dagang kian meningkat

Bahaya berlakunya perang dagangan antara Amerika Syarikat dengan China semakin meningkat.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Jun 2018 07:31PM Dikemas Kini : 19 Jun 2018 09:35PM

WASHINGTON: Bahaya berlakunya perang dagangan antara Amerika Syarikat dengan China semakin meningkat.

China menuduh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump "melakukan peras ugut" dan memberi amaran Beijing akan bertindak balas.

Amaran itu dikeluarkan selepas Presiden Trump mengancam untuk melaksanakan pusingan baru cukai ke atas import dari China bernilai AS$200 bilion (S$271 bilion).

Beliau berkata cukai 10 peratus itu akan dikenakan selepas China tidak berhasrat untuk mengubah apa yang disifatkannya sebagai amalan perdagangan tidak adil.

Langkah berkenaan sebagai tindak balas terhadap keputusan China menaikkan tarif ke atas produk Amerika Syarikat bernilai AS$50 bilion (S$68 bilion).

Dalam responsnya, Beijing menuduh Washington memulakan perang dagangan dan mencabuli peraturan pasaran bebas, yang bukan saja mengancam kepentingan rakyat China dan Amerika, bahkan juga dunia.

Sumber : CNA/MM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan