Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Treler tanpa pemandu rempuh 19 kenderaan

Sebuah treler tanpa pemandu merempuh 19 kenderaan yang diletakkan di tempat letak kenderaan sebuah kilang pemprosesan minyak di Nilai Utama tengah hari semalam (12 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Treler tanpa pemandu rempuh 19 kenderaan

Gambar fail kereta polis Malaysia. (Gambar: MANAN VATSYAYANA/AFP)

Diterbitkan : 13 Mar 2018 08:11AM Dikemas Kini : 13 Mar 2018 08:13AM

NILAI: Sebuah treler tanpa pemandu merempuh 19 kenderaan yang diletakkan di tempat letak kenderaan sebuah kilang pemprosesan minyak di Nilai Utama tengah hari semalam (12 Mac).

Ketua Polis Daerah Nilai Superintenden Zaldino Zaludin berkata dalam insiden yang berlaku sekitar 12.30 tengah hari itu, tiada kecederaan yang dilaporkan.

Insiden tersebut berlaku apabila pemandu treler berusia 31 tahun yang ditugaskan menghantar serbuk sawit dari Lumut, Perak ke kilang itu meletakkan kenderaan terbabit di tepi jalan berdekatan, sebelum terus pergi ke kantin untuk makan.

Ketika sedang makan, treler tersebut tergeluncur dan bergerak sendiri menghala ke arah tempat letak kenderaan di kawasan kilang tersebut dan melanggar kesemua kenderaan melibatkan sebuah lori, tiga kereta dan 15 motosikal, menurut beliau dalam satu kenyataan.

Kes disiasat mengikut Peraturan 10 LN 166/59 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kemalangan, kata beliau.

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan