Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tonga terjejas akibat Taufan Gita

Tonga mengalami kerosakan besar akibat dilanda Taufan Gita mulai 7 malam semalam (12 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Tonga terjejas akibat Taufan Gita

Gambar: AFP

Diterbitkan : 13 Feb 2018 09:40PM Dikemas Kini : 13 Feb 2018 10:30PM

NUKU'ALOFA, TONGA: Tonga mengalami kerosakan besar akibat dilanda Taufan Gita mulai 7 malam semalam (12 Feb).

Kekuatan Gita mencapai kemuncaknya awal pagi tadi (13 Feb) dengan tiupan anginnya melebihi 230 kilometer sejam,
menjadikannya taufan paling kuat melanda negara pulau di Lautan Pasifik itu.

Sejauh ini, tiada kematian dilaporkan tetapi ramai orang mengalami kecederaan.

Dari segi kemusnahan harta benda pula, bangunan parlimen dan beberapa bangunan bersejarah Tonga, ranap.

Di ibu kota Nuku'alofa sahaja, pihak berkuasa menganggarkan sekitar 40 peratus rumah dan bangunan mengalami kerosakan.

Bekalan elektrik dan rangkaian perhubungan juga terputus di banyak kawasan Tonga.

Sumber : AFP/MU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan