Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

TMJ cadang kerajaan Johor bina rumah perlindungan sementara

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencadangkan kerajaan negeri Johor mewujudkan rumah perlindungan sementara untuk golongan gelandangan.

Anggaran Waktu Membaca:
TMJ cadang kerajaan Johor bina rumah perlindungan sementara

(Gambar: HRH Crown Prince of Johor/Facebook)

Diterbitkan : 08 Nov 2018 08:51AM Dikemas Kini : 08 Nov 2018 09:03AM

JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencadangkan kerajaan negeri Johor mewujudkan rumah perlindungan sementara untuk golongan gelandangan.

Menerusi catatan yang dimuat naik dalam laman Facebook HRH Crown Prince of Johor, Tunku Ismail berkata cadangan itu dikemukakan selepas mendapat keizinan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

"Dengan restu Duli Yang Maha Mulia Tuanku, saya ada memberi cadangan kepada kerajaan negeri Johor supaya membina rumah perlindungan sementara (shelter) untuk para gelandangan. Ia perlu disediakan dengan bersistem dan mempunyai kelengkapan asas yang mencukupi," kata Tunku Ismail menerusi catatan berkenaan hari ini.

Menurut Tunku Ismail, cadangan mewujudkan rumah perlindungan itu perlu disediakan di setiap daerah.

"Saya percaya dengan kajian yang lengkap, kerajaan negeri dapat merealisasikan projek ini. Bukan sahaja ‘shelter’ tetapi juga memberi peluang pekerjaan kepada mereka," ujar beliau lagi.

Baru-baru ini, Tunku Ismail menyertai Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ) untuk memberikan sumbangan bantuan kepada para gelandangan di sekitar bandar raya ini.

Gelandangan itu menerima sumbangan set barangan perlengkapan barang mandi dan makanan. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan