Images
  • australia
    Polis Australia hari ini (9 Nov) menyifatkan tindakan seorang lelaki rakyat Somali menikam tiga orang di pusat bandar Melbourne sebagai tindakan pengganasan. (Gambar: Reuters)

Tikaman Melbourne 'tindakan pengganasan'; suspek mati di hospital

MELBOURNE: Polis Australia hari ini (9 Nov) menyifatkan tindakan seorang lelaki rakyat Somali menikam tiga orang di pusat bandar Melbourne sebagai tindakan pengganasan.

Seorang terbunuh selepas lelaki berkenaan merempuh keretanya sebelum menyerang orang ramai dengan pisau.

Lagi dua orang cedera dalam kejadian itu yang berlaku semasa waktu sibuk petang tadi di kawasan pusat bandar Melbourne.


Menurut polis, lelaki Somalia itu memandu sebuah kereta berisi tong-tong gas yang kemudian terbakar sebelum melancarkan serangan tikaman tersebut.

Polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah lelaki itu yang kemudian mati di hospital.

Khidmat tram di sepanjang kawasan terjejas digantung buat sementara waktu.

Pihak polis sedang menyiasat kejadian itu sebagai tindakan pengganasan. 

- Reuters/AFP/AA/ai

Top