Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tiga lagi mayat nahas AirAsia dikenal pasti

Tiga lagi jenazah mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 dikenal pasti hari ini. Mangsa berkenaan ialah seorang anak kapal serta dua penumpang.

Anggaran Waktu Membaca:
Tiga lagi mayat nahas AirAsia dikenal pasti

Pasukan mencari dan menyelamat Indonesia mengangkat mayat nahas pesawat AirAsia QZ8501, yang terhempas di Laut Jawa, di Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah, pada 2 Januari 2015. (Gambar: AFP/Adek Berry)

Diterbitkan : 04 Jan 2015 08:54PM Dikemas Kini : 04 Jan 2015 08:57PM

PANGKALAN BUN: Tiga lagi jenazah mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 dikenal pasti hari ini. Mangsa berkenaan ialah seorang anak kapal serta dua penumpang.

Semua jenazah korban yang tiba di Hospital Bhayangkara, Surabaya, disimpan di tiga kontena dingin agar tidak cepat mengalami kerosakan. Tiga kontena itu masing-masing boleh menampung 80 jenazah.

Kerja-kerja mengenal pasti identiti mangsa semakin mencabar kerana keadaan mayat yang mungkin semakin reput.

Seorang ahli Pasukan Pengecaman Mangsa berkata: "Jadi mulai dari penerimaan jenazah, label dan kemudian sampai dibawa untuk pemeriksaan post mortem. Kita sediakan tiga kemudahan dingin yang boleh mengisi seluruhnya, lebih daripada 200 jenazah."

Awi Setyono, pegawai perhubungan awam polis di Indonesia, berkata: "Tentunya secara visual memang sudah sulit untuk kita mengenali mangsa. Kemudian dari situ, banyak hal yang mempengaruhi kerana secara fisikalnya, sudah ada pembusukannya."

Singapura menghantar pasukan Pengecaman Mangsa Bencana ke Surabaya kelmarin bagi membantu proses mengenal pasti identiti mangsa QZ8501.

Mereka terdiri daripada dua pakar forensik dan enam pegawai dari Pasukan Polis Singapura.

Pesawat AirAsia tersebut terhempas di Laut Jawa pada Ahad lalu, semasa dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura, dengan membawa 162 penumpang dan kru. 

Sumber : Agensi berita/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan