Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tidak ada campur tangan politik di sebalik penahanan Huawei, tegas Trudeau

Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, menafikan adanya dorongan politik di sebalik penahanan Ketua Pegawai Kewangan Huawei, Meng Wanzhou.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Dec 2018 09:10PM Dikemas Kini : 07 Dec 2018 09:31PM

MONTREAL: Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, menafikan adanya dorongan politik di sebalik penahanan Ketua Pegawai Kewangan Huawei, Meng Wanzhou.

Encik Trudeau menegaskan bahawa Kanada mematuhi kebebasan proses kehakiman. Menurut beliau, pihak berkuasa negara itu sudah diberi notis beberapa hari mengenai rancangan penahanan itu.

Seorang jurucakap Huawei berkata Cik Meng ditangkap di Kanada atas permintaan Amerika Syarikat. Washington dilaporkan sedang mengusahakan perintah ekstradisi tanpa menyatakan tuduhan ke atasnya.

Kedutaan China di Ottawa menuntut agar Kanada membebaskan Cik Meng dengan segera kerana beliau tidak melanggar sebarang undang-undang Kanada, mahupun Amerika.

Isu penahanan itu dijangka memberi tekanan terbaru terhadap usaha Kanada hendak menjalin hubungan lebih erat dengan Beijing yang sudah terpalit dengan kontroversi berkaitan dagangan.

Sumber : AFP/MM/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan