Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tiada pihak luar boleh 'arahkan' hala tuju China: Xi Jinping

Presiden China, Xi Jinping menegaskan tiada siapa pun dari pihak luar yang boleh memberi arahan kepada China dalam menentukan agenda dasar ekonominya.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Dec 2018 07:53PM Dikemas Kini : 19 Dec 2018 12:26AM

BEIJING: Presiden China, Xi Jinping menegaskan tiada siapa pun dari pihak luar yang boleh memberi arahan kepada China dalam menentukan agenda dasar ekonominya.

Ini memandangkan negara itu, katanya, mempunyai sejarah dan peradaban yang begitu lama serta bilangan penduduk yang amat ramai.

Penegasan tersebut dibuat beliau di tengah-tengah pertikaian perdagangan antara China dengan Amerika Syarikat sekarang.

Berucap hari ini (18 Dis) sempena ulang tahun ke-40 China memulakan perubahan besar terhadap ekonominya, Presiden Xi berkata Beijing tidak akan pernah cuba menguasai ekonomi dunia.

Dalam ucapannya selama 80 minit itu, Presiden Xi berikrar untuk meneruskan pembaharuan dan mengulangi komitmen China kepada sistem perdagangan berbilang pihak. Namun beliau tidak pula memberikan perincian khusus bagaimana ia akan dilakukan.

Presiden Xi juga tidak mengumumkan dasar-dasar baru bagi menangani kelembapan ekonomi China dan pertikaian perdagangan dengan Amerika.

Sebahagian besar ucapan Presiden Xi menyingkap kemajuan ekonomi China sepanjang 40 tahun lalu.

Sumber : AFP/MU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan