Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

The Loaf tidak akan tutup jika ekonomi baik bawah Najib, kata Mahathir

Pemilik kedai roti premium The Loaf, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata bahawa kedainya tidak akan ditutup jika ekonomi negara baik dan tidak ditadbir Datuk Seri Najib Razak.

Anggaran Waktu Membaca:
The Loaf tidak akan tutup jika ekonomi baik bawah Najib, kata Mahathir

Gambar: Malaysiakini.com

Diterbitkan : 18 Apr 2018 03:18PM Dikemas Kini : 18 Apr 2018 03:21PM

KUALA LUMPUR: Pemilik kedai roti premium The Loaf, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata bahawa kedainya tidak akan ditutup jika ekonomi negara baik dan tidak ditadbir Datuk Seri Najib Razak.

Malaysiakini melaporkan bahawa Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu berkata, di bawah pentadbiran PM Najib, bukan sahaja kedai roti miliknya sahaja tutup malah banyak lagi perniagaan besar lain mengalami nasib yang sama.

“Kalau Najib tidak lagi jadi perdana menteri dan ekonomi negara baik, The Loaf mampu hidup dan untung. Tapi kalau kita ambil penyangak, negara akan hadapi masalah.

“Bukan sahaja Loaf, banyak lagi kedai lain yang tutup, banyak pelabur lari, bukan sahaja loaf sahaja, orang lain pun kena.

“Kalau nak betulkan balik (keadaan) Najib kena stepdown (letak jawatan),” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat BERSATU semalam (17 Apr).

Dr Mahathir sebelum ini mendedahkan bahawa usaha menjual The Loaf bagi mendapatkan dana pilihan raya tetapi gagal selepas pembelinya didakwa didatangi pegawai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Kesemua cawangan The Loaf di seluruh negara ditutup serta-merta Jumaat lalu (13 Apr) kerana kegagalan itu, menurut laporan Malaysiakini.

Ahad lalu (15 Apr), PM Najib turut menyindir pembangkang yang menyalahkan BN kerana kegagalan menguruskan The Loaf.

Malah, pemimpin-pemimpin BN cuba menjadikan isu The Loaf sebagai bahan kritikan terhadap calon Perdana Menteri Pakatan HARAPAN itu.

Pegawai Tugas-Tugas Khas Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor menyindir dengan meminta Dr Mahathir belajar daripada Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang berjaya mengaut “keuntungan” melalui syarikatnya Invoke.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan