Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Thaipusam kekal jadi cuti peristiwa jika BN menang di Kedah

Cuti Thaipusam di Kedah akan dikekalkan sebagai cuti setiap tahun sekiranya Barisan Nasonal (BN) terus mentadbir kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Thaipusam kekal jadi cuti peristiwa jika BN menang di Kedah

Seorang lelaki berjalan di hadapan bendera Barisan Nasional. (Gambar: Mohd Rasfan/AFP)

ALOR SETAR: Cuti Thaipusam di Kedah akan dikekalkan sebagai cuti setiap tahun sekiranya Barisan Nasonal (BN) terus mentadbir kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei ini.

Perkara itu diumumkan Menteri Besar, yang juga Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dalam majlis pelancaran Manifesto BN Kedah bertemakan 'Menerus Kemajuan, Menzahir Impian’ untuk PRU14 di Stadium Sultan Abdul Halim semalam (20 Apr).

Kerajaan negeri sebelum ini tidak dapat menjadikan perayaan Thaipusam sebagai cuti umum kerana sudahpun memenuhi kuota empat cuti perayaan yang ditetapkan, namun sejak 2014 hari tersebut diumumkan sebagai cuti peristiwa.

Selain itu, kata beliau, BN turut akan menawarkan kuota khas Tuisyen Barakah Kedah sebanyak 150 tempat setiap tahun untuk pelajar Cina, India, dan Siam yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun depan.

“Dana khas bagi menyambut perayaan agama melibatkan ketiga-tiga kaum berkenaan turut akan diberikan selain mewujudkan kelas mempelajari Bahasa Mandarin, Tamil dan Siam bagi menggalakkan proses silang budaya, dan penguasaan bahasa kedua dan ketiga ke arah mengukuhkan lagi kefahaman interaksi antara kaum,” kata beliau.  

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan