Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Thailand haramkan merokok di 20 pantai popular

Thailand merancang untuk menguatkuasakan larangan merokok di 20 pantai popular di kalangan pelancong, termasuk Phuket dan Krabi, menurut laporan Bangkok Post pada Selasa (10 Okt)

Anggaran Waktu Membaca:
Thailand haramkan merokok di 20 pantai popular

Gambar fail Pantai Patong di Phuket. (Gambar: Panu Wongcha-um)

Diterbitkan : 12 Oct 2017 09:27AM Dikemas Kini : 12 Oct 2017 09:30AM

THAILAND: Thailand merancang untuk menguatkuasakan larangan merokok di 20 pantai popular di kalangan pelancong, termasuk Phuket dan Krabi, menurut laporan Bangkok Post pada Selasa (10 Okt).

Bermula bulan depan, mereka yang ditangkap merokok di pantai-pantai tersebut boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga setahun atau didenda 100,000 baht (S$4,083).

Langkah itu diambil selepas Jabatan Laut dan Sumber Pantai negara tersebut memeriksa kawasan seluas sembilan meter persegi di sekitar Pantai Patong di Phuket dan mendapati purata 0.76 puntung rokok dibuang bagi setiap meter persegi, demikian didedahkan laporan itu.

Ini bermakna, sebanyak 101,058 puntung rokok ditemui di pantai sepanjang 2.5 kilometer itu.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan itu, Jatuporn Buruspat, lebih 100 juta puntung rokok ditemui di jalan-jalan raya paling sibuk di Thailand. Ini boleh menyebabkan banjir kerana longkang-longkang tersumbat ekoran puntung rokok yang dibuang sembarangan.

Larangan merokok itu akan berkuat kuasa di beberapa destinasi popular seperti Koh Samui, Pattaya, Hua Hin dan Patong bermula November ini.

Menurut Encik Buruspat, larangan merokok tersebut juga akan diperluaskan ke semua pantai di Thailand pada masa akan datang.

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan