Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Thailand bersiap sedia ucap 'selamat tinggal' kepada Raja Bhumibol

Thailand sedang bersiap sedia bagi upacara persemadian Raja Bhumibol Adulyadej yang akan diadakan secara besar-besaran selama lima hari

Anggaran Waktu Membaca:
Thailand bersiap sedia ucap 'selamat tinggal' kepada Raja Bhumibol

Tapak persemadian Raja Bhumibol Adulyadei di Bangkok. (Gambar: LILLIAN SUWANRUMPHA/AFP)

Diterbitkan : 11 Oct 2017 10:44AM Dikemas Kini : 11 Oct 2017 10:47AM

BANGKOK: Thailand sedang bersiap sedia bagi upacara persemadian Raja Bhumibol Adulyadej yang akan diadakan secara besar-besaran selama lima hari.

Ini bagi mengucapkan selamat tinggal kepada mendiang yang sudah membangunkan negara itu selama berpuluh-puluh tahun sejak Perang Dunia Kedua.

Ramai daripada beratus-ratus ribu rakyat Thai dijangka akan membanjiri kawasan di luar pekarangan Istana Diraja di Bangkok bagi menyaksikan upacara tersebut yang akan dikawal oleh 78,000 pegawai polis apabila ia diadakan pada 26 Oktober ini.

"Oktober adalah tempoh yang sangat menyayat hati," kata Perdana Menteri Prayuth Chan-ocha yang turut mengumumkan rancangan untuk mengadakan pilihan raya umum pada tahun depan kepada para wartawan di ibu kota Thailand itu semalam (11 Okt). "Saya gesa ahli politik dan parti-parti politik supaya sama-sama menjaga keamanan dan ketenteraman awam."

Tukang kayu bertungkus lumus sepanjang tempoh selama 10 bulan di sebuah kawasan bersejarah di Bangkok untuk membina tapak persemadian bagi mendiang raja kesayangan mereka itu.

Persemadian Raja Bhumibol, yang meninggal dunia pada 13 Oktober tahun lalu selepas 70 tahun bertakhta, juga merupakan tempoh Thailand dibelenggu dengan keadaan yang bergolak, kata penganalisis yang berpangkalan di Thailand, yang tidak mahu identitinya didedahkan.

Lebih 3,000 orang dijangka akan membuat persembahan dalam satu acara bagi memperingati pemergian Raja Bhumibol, yang sekaligus menamatkan tempoh berkabung selama setahun di negara itu..  

Sumber : Reuters/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan