Images
  • GAZA HAMAS TUNNEL
    (Gambar fail: Mohammed Abed/ AFP)

Terowong bawah tanah Hamas dimusnahkan tentera Israel

BAITULMAKDIS: Tentera Israel menyatakan bahawa ia sudah memusnahkan sebatang terowong kumpulan Hamas yang merentasi Carikan Gaza ke dalam kawasan sempadan Israel.

Menteri Pertahanan Israel, Avigdor Lieberman berkata terowong bawah tanah itu adalah yang paling panjang dan paling dalam yang pernah ditemui Israel.

Seorang jurucakap tentera Israel pula berkata terowong itu dihubungkan dengan beberapa lagi terowong bawah tanah di Gaza. Ia, tambahnya, digunakan Hamas untuk melakukan serangan ke Israel.

4 ANGGOTA JIHAD ISLAM MATI

Di Carikan Gaza juga, empat anggota kumpulan Jihad maut dalam kejadian letupan di daerah Rafah semalam.

Pasukan medik di tempat kejadian berkata letupan itu adalah dari peluru meriam Israel. Namun tentera Israel menyatakan pihaknya tidak terlibat dalam kejadian itu.

Sejak akhir bulan lalu keganasan meletus di kawasan sempadan Carikan Gaza dengan Israel.

Ia berkaitan dengan bantahan orang-orang Palestin di kawasan itu kerana menuntut agar para pelarian Palestin dibenarkan pulang ke tempat asal mereka iaitu di Israel.

Sejak bantahan itu bermula tentera Israel sudah menembak mati 31 penduduk Gaza dan mencederakan ratusan yang lain.

Tindakan Israel itu dibidas oleh masyarakat antarabangsa. 

- AFP/NU/aq

Top