Images
  • Syria attack
    Bendera Syria dikibarkan di tengah-tengah bangunan runtuh. (Gambar: Mohamad Abazeed/ AFP)

Tentera Syria dijangka lancarkan serangan besar-besaran

SYRIA: Tentera Syria dijangka melancarkan serangan besar-besaran tidak lama lagi untuk menguasai semula tiga wilayah di barat daya negara itu dari tangan pihak pemberontak.

Sebuah kumpulan pemantau perang Syria yang berpangkalan di Britain menyatakan sekurang-kurangnya 29 orang awam mati apabila tentera Syria dengan dibantu jet-jet Rusia mengebom wilayah-wilayah Hama, Idlib dan Aleppo kelmarin (10 Ogos).

Hama, Idlib dan Aleppo merupakan baki tiga wilayah yang masih dalam genggaman pihak pemberontak yang berjuang untuk menggulingkan pemerintahan Presiden Bashar al-Assad.

Kumpulan Pertahanan Awam Sukarela Syria yang dikenali sebagai Topi Keledar Putih pula mendakwa dalam serangan kelmarin (10 Ogos), bom-bom tong digunakan.

Agensi Berita Rasmi Syria, SANA melaporkan bahawa sasaran operasi itu adalah kumpulan-kumpulan pengganas yang bermaksud pihak pemberontak.

Menurut SANA beberapa ibu pejabat pengganas dapat dimusnahkan dan sejumlah anggotanya terbunuh atau cedera.  

- CNA/MU/na

Top