Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tentera Filipina patahkan serangan bom Aidilfitri, bunuh 28 militan pro-ISIS

Mereka merancang untuk melancarkan "pengeboman besar-besaran dan serentak" yang menyasarkan beberapa bandar raya di pusat Mindanao sebelum bermulanya perayaan AidilFitri pada Jumaat ini (15 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Tentera Filipina patahkan serangan bom Aidilfitri, bunuh 28 militan pro-ISIS

(Gambar: Divisyen Infantri Keenam, Tentera Filipina)

Diterbitkan : 12 Jun 2018 11:33PM Dikemas Kini : 12 Jun 2018 11:39PM

KUALA LUMPUR: Pasukan tentera Filipina membunuh 28 anggota militan Pejuang Pembebasan Islam Bangsamoro (BIFF) dalam operasi ketenteraan bagi menghalang serangan oleh anggota-anggota militan.

Mereka merancang untuk melancarkan "pengeboman besar-besaran dan serentak" yang menyasarkan beberapa bandar raya di pusat Mindanao sebelum bermulanya perayaan AidilFitri pada Jumaat ini (15 Jun).

Operasi ketenteraan, yang dilancarkan pada hari Ahad (10 Jun), masih lagi berterusan pada hari Selasa (12 Jun) di Liguasan Marsh yang merangkumi tiga wilayah iaitu Maguindanao, Cotabato Utara dan Sultan Kudarat - di pulau Mindanao di selatan Filipina.

"Operasi itu dilancarkan setelah maklumat risikan menunjukkan bahawa BIFF merancang untuk melakukan pengeboman secara berskala besar dan berterusan di bandar sebelum perayaan Aidilfitri," kata Leftenan Jeneral Dela Vega, komander bagi Komand Mindanao Barat, kepada Mediacorp.

Sumber-sumber perisikan ketenteraan memberitahu Mediacorp bahawa bandar-bandar yang disasarkan oleh militan BIFF termasuk General Santos, Kidapawan dan Cotabato di pulau Mindanao.

Pasukan tentera juga melakukan serangan udara yang memusnahkan sebuah kilang membuat bom yang diubah suai atau IED, di Liguasan Marsh. Seorang askar dan seorang awam juga terbunuh dalam pertempuran tersebut.

Tiga lagi orang awam cedera dalam operasi selama tiga hari itu. Beberapa M16, pistol, peluru, bom tangan dan lain-lain lagi dirampas semasa operasi tersebut.  

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan