Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tentera China cabar kapal perang Australia di laut China Selatan

Tiga kapal perang Australia dicabar oleh tentera laut China semasa belayar di Laut China Selatan awal bulan April ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Tentera China cabar kapal perang Australia di laut China Selatan

Kapal Australia ketika berlabuh di pelabuhan Saigon di Bandar Ho Chi Minh, Vietnam pada 19 April. (Gambar: Anh/AP)

Diterbitkan : 20 Apr 2018 02:51PM Dikemas Kini : 20 Apr 2018 03:01PM

MELBOURNE: Tiga kapal perang Australia dicabar oleh tentera laut China semasa belayar di Laut China Selatan awal bulan April ini.

Menurut laporan Perbadanan Penyiaran Australia, ABC, pertentangan tersebut berlaku semasa tiga kapal Australia itu belayar menuju Vietnam bagi lawatan muhibah.

Seorang pegawai pertahanan Australia menyifatkan kejadian tersebut sebagai "serius tetapi sopan".

Tiga kapal perang Australia itu kini di Bandar Ho Chi Minh, Vietnam.

Kejadian itu berlaku ketika tentera laut China melakukan latihan terbesarnya di Laut China Selatan, perairan strategik yang menjadi rebutan beberapa buah negara termasuk China.

Australia tidak membuat tuntutan wilayah di Laut China Selatan tetapi Perdana Menterinya, Malcolm Turnbull berkata kapal-kapal Australia berhak untuk belayar di perairan itu.

Sumber : Reuters/MU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan