Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tawar diskaun berdasarkan saiz coli, restoran dikritik hebat

Lebih besar saiz buah dada seseorang wanita, lebih banyak diskaun yang akan diterimanya. Itulah promosi penuh kontroversi yang ditawarkan sebuah restoran bagi bulan ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Tawar diskaun berdasarkan saiz coli, restoran dikritik hebat

Iklan yang dipasang di luar restoran Trendy Shrimp. (Gambar: Stephen Harsch/Facebook)

Diterbitkan : 11 Aug 2017 12:38AM Dikemas Kini : 11 Aug 2017 12:43AM

CHINA: Lebih besar saiz buah dada seseorang wanita, lebih banyak diskaun yang akan diterimanya. Itulah promosi penuh kontroversi yang ditawarkan sebuah restoran bagi bulan ini.

Restoran ‘Trendy Shrimp’, yang terletak di wilayah Zhejiang, China itu mencetuskan kemarahan ramai kerana tawaran potongan harganya yang disifatkan sebagai provokatif, mendiskriminasi wanita dan lucah.

Restoran yang terletak di sebuah pusat peli belah di bandar Hangzhou itu, meletakkan poster iklan potongan harga yang lain daripada lain di luar restorannya pada 31 Julai, menurut laporan Qianjiang Evening Post.

“Seluruh bandar sedang mencari buah dada,” menurut catatan pada iklan tersebut, yang memaparkan imej wanita-wanita dengan payudara berbeza saiz berserta carta yang menunjukkan jumlah potongan harga yang akan diperolehi berdasarkan saiz colinya.

Menurut poster tersebut, wanita-wanita dengan saiz pakaian dalam yang berbeza akan menerima diskaun di restoran tersebut – tetapi jumlahnya ketara berbeza.

Bagi wanita yang memakai pakaian dalam bersaiz A, mereka diberi diskaun lima peratus, manakala yang memakai saiz G akan menerima potongan harga 65 peratus, lapor laman Huffington Post.

Poster tersebut bagaimanapun diturunkan beberapa hari setelah ia menerima kritikan daripada orang ramai, kata Pengurus Restoran Lan Shenggang.

Lan juga mempertahankan tawaran diskaun itu, dengan menekankan bahawa para pelanggannya memberi respons positif.

“Sebaik sahaja promosi itu bermula, jumlah pelanggan kami melonjak sekitar 20 peratus,” kata beliau, menurut laporan BBC.

“Sesetengah pelanggan wanita yang kami temui begitu bangga – tiada apa yang perlu mereka sembunyikan,” kata Encik Lan.

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan