Images
  • US
    (Gambar: Chip Somodevilla/AFP)

Taufan Florence: Keadaan darurat diisytiharkan di 5 negeri pantai timur AS

SOUTH CAROLINA: Di Amerika Syarikat, keadaan darurat sudah diisytiharkan di lima negeri pantai timur sebagai menghadapi badai Taufan Florence.

Walaupun kekuatan Taufan Florence diturunkan kepada kategori 1, tiupan angin masih sekencang 150 kilometer sejam.

Malah, hujan lebat mula melanda dua negeri Carolina.

Pihak berkuasa mengatakan Taufan Florence dijangka lebih lemah pada hujung minggu ini sedang ia menghampiri kawasan-kawasan jauh dari pantai.

Bagaimanapun pakar-pakar cuaca memberi amaran banjir besar tetap akan berlaku dan angin kencang akan menyebabkan kerosakan teruk.

Dua lapangan terbang South Carolina sudah ditutup dan hampir 90,000 rumah terputus bekalan elektrik.

Seramai 12,000 penduduk kini mencari perlindungan di pusat-pusat pemindahan sementara.

Berjuta-juta orang dijangka terjejas dan pihak berkuasa mengulangi amaran supaya mereka berpindah dengan segera.

- CNA/MM/na

Top