Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Taman haiwan Mesir dituduh cat keldai untuk kelihatan seperti kuda belang

Sebuah lagi taman haiwan Gaza mempamerkan patung haiwan pada tahun 2012 kerana kekurangan haiwan-haiwan.

Anggaran Waktu Membaca:
Taman haiwan Mesir dituduh cat keldai untuk kelihatan seperti kuda belang

(Gambar: Facebook/Mahmoud A. Sarhan)

Diterbitkan : 28 Jul 2018 10:46PM Dikemas Kini : 28 Jul 2018 10:59PM

MESIR: Sebuah taman haiwan di Mesir menafikan mengecat jalur hitam pada seekor keldai supaya ia kelihatan seperti kuda belang. Ini selepas gambar haiwan itu dimuat naik online.

Menurut BBC, seorang pelajar bernama Mahmoud Sarhan memuat naik beberapa gambar di Facebook selepas mengunjungi taman perbandaran Antarabangsa Kaherah.

Selain daripada telinganya yang kecil dan tajam, terdapat juga comot-comot hitam di wajahnya.

Gambar-gambar itu dengan cepat menjadi viral, dengan pakar-pakar meneliti spesies binatang itu. Seorang doktor haiwan yang dihubungi oleh kumpulan berita tempatan Extranews.tv mengatakan bahawa muncung kuda belang itu adalah hitam, sementara garis-garisnya lebih konsisten dan selari.

Encik Sarhan memberitahu Extranews bahawa kandang itu mengandungi dua haiwan dan kedua-duanya sudah dicat.

Apabila dihubungi oleh stesen radio tempatan Nogoum FM, pengarah taman haiwan Encik Mohamed Sultan menegaskan bahawa haiwan itu bukan palsu.

Menurut BBC, ini bukan kali pertama bahawa sebuah taman haiwan dituduh cuba menipu para pengunjungnya. Oleh sebab kepungan Israel, sebuah taman haiwan di Gaza mengecat dua keldai untuk kelihatan seperti kuda belang pada tahun 2009.

Sebuah lagi taman haiwan Gaza mempamerkan patung haiwan pada tahun 2012 kerana kekurangan haiwan-haiwan.

Pada tahun 2013, sebuah taman haiwan China di wilayah Henan cuba menggunakan seekor anjing jenis Mastiff Tibet sebagai seekor singa Afrika, dan pada tahun 2017 sebuah taman haiwan di wilayah Guangxi mengecewakan para pengunjungnya dengan mempamerkan penguin-penguin plastik.

Beberapa minggu kemudian, sebuah lagi taman haiwan Guangxi menarik perhatian kerana memaparkan rama-rama plastik, lapor BBC lagi.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan