Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Taiwan tuduh China lakukan ugutan untuk jalani latihan menembak

Kementerian Pertahanan Taiwan menuduh China terus melakukan ugutan terhadap Taiwan.

Anggaran Waktu Membaca:
Taiwan tuduh China lakukan ugutan untuk jalani latihan menembak

Gambar fail yang dipetik di Taipei. (Gambar: Pichi Chuang/ Reuters)

Diterbitkan : 18 Apr 2018 05:01PM Dikemas Kini : 18 Apr 2018 05:05PM

TAIPEI: Kementerian Pertahanan Taiwan menuduh China terus melakukan ugutan terhadap Taiwan.

Ia berkaitan langkah tentera China menjalankan latihan menembak menggunakan peluru-peluru hidup di Selat Taiwan mulai pagi tadi (18 Apr) hingga tengah malam ini.

Hubungan antara kedua-dua pihak semakin tegang.

Awal bulan ini semasa menyaksikan latihan tenteranya di Laut China Selatan, Presiden China Xi Jinping memberi amaran keras kepada Taiwan supaya jangan cuba mahu merdeka dari China atau menjalin hubungan lebih rapat dengan Amerika Syarikat.

Presiden Xi menekankan lagi azam dan keupayaan tentera China untuk melindungi kedaulatan dan keutuhan wilayah negara itu.

China menganggap Taiwan sebagai sebuah wilayahnya yang memberontak tetapi akan disatukan semula dengan pemerintahan tanah besar pada suatu masa nanti.

Sumber : Reuters/MU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan