Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tahukah anda, Kim Jong Un bawa tandas peribadi ke Sidang Trump-Kim

Malah, agensi berita DailyNK melaporkan bahawa terdapat tandas khas yang dibawa bersama dalam konvoi Encik Kim apabila beliau ulang-alik di sekitar negaranya.  

Anggaran Waktu Membaca:
Tahukah anda, Kim Jong Un bawa tandas peribadi ke Sidang Trump-Kim

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 13 Jun 2018 10:34PM Dikemas Kini : 13 Jun 2018 10:36PM

CBS NEWS: Ini mungkin memeranjatkan anda. Tapi, pemimpin Korea Utara Kim Jong Un membawa bersamanya tandas peribadi ke mana-mana beliau pergi.

Mungkin aneh tetapi itu jugalah yang dibawa bersama ke Singapura ketika menghadiri sidang bersama Presiden Amerika Syarikat Donald Trump semalam (12 Jun).

Demikian menurut agensi berita Korea Selatan The Chosunilbo yang melaporkan bahawa selain limusin beliau, Encik Kim tiba di Singapura dengan tandas peribadinya yang diangkut pesawat Air China Boeing 747.

Menurut Encik Lee Yun-Keol, seorang bekas pegawai di Unit Pengawal Keselamatan, itu sudah menjadi antara barangan yang perlu dibawa bersamanya apabila ke luar negara, lapor Washington Post pula.

Sebabnya? Korea Utara mahu melindungi najisnya!

"Najis pemimpin itu mengandungi maklumat tentang status kesihatannya lantas tidak boleh ditinggalkan," jelas Encik Lee Yun-keol.

Malah, agensi berita DailyNK melaporkan bahawa terdapat tandas khas yang dibawa bersama dalam konvoi Encik Kim apabila beliau ulang-alik di sekitar negaranya.

"Ada beberapa kenderaan dalam konvoi itu agar orang ramai tidak dapat mengesan kereta Encik Kim dan juga terdapat sebuah kereta yang mengangkut tandas peribadinya," menurut satu sumber kepada DailyNK. 

Sumber : Agensi berita/SM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan