Images
  • google
    Logo aplikasi Google dalam telefon bijak. (Gambar hiasan: Dado Ruvic/Reuters)

Syarikat teknologi harus serah data pengguna di bawah Rang Undang-Undang baru diluluskan Australia

SYDNEY: Dewan rendah parlimen Australia meluluskan rang undang-undang yang mewajibkan syarikat-syarikat teknologi terkemuka seperti Google, Facebook dan Apple memberi polis kebenaran untuk mengambil data sulit yang disyaki ada kaitan dengan kegiatan-kegiatan haram.

Syarikat-syarikat teknologi bagaimanapun menentangnya. Antara alasan yang diberi termasuk ia boleh meningkatkan risiko data-data terdedah kepada kegiatan penggodaman.

Namun kerajaan Australia menyatakan rang undang-undang itu diperlukan bagi mencegah serangan pengganas dan membanteras jenayah terancang.

Rang itu kini perlu mendapatkan pula kelulusan Dewan Senat yang dijangka agak sukar kerana melibatkan soal privasi dan keselamatan maklumat.

Jika Senat juga, pada akhirnya, memberikan lampu hijau, syarikat-syarikat teknologi yang enggan mematuhi undang-undang itu kelak boleh didenda sehingga AU$10 juta (S$9.9 juta). 

- Reuters/MU/aq

Top