Images
  • Salahuddin Ayub
    Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia Salahuddin Ayub. (Gambar: BERNAMA)

Suspek yang ugut bunuh Salahuddin Ayub direman

KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, Salahuddin Ayub menerima ugutan bunuh daripada individu tidak dikenali.

Encik Salahuddin yang ditemui pemberita di lobi Parlimen berkata beliau dipanggil untuk memberi keterangan oleh Polis Ibu Pejabat Daerah Muar semalam (5 Dis), bagi membantu siasatan.

Beliau menyatakan tidak mengenali identiti suspek dan difahamkan, suspek sudah ditahan reman pihak polis.

"Yang penting sekarang saya nak tahu apakah motif sebenar, saya tidak pernah berkelahi dengan orang, tidak bermusuh tapi tiba-tiba terima ugutan seperti ini," katanya sambil menambah ia kali pertama perkara seumpama itu berlaku terhadapnya.

Encik Salahuddin menerima ugutan itu pada Ahad lalu (2 Dis).

Terdahulu, timbalannya Sim Tze Tzin berkata, Salahuddin menerima ugutan bunuh berbentuk nota dan bangkai seekor anak lembu di hadapan Pusat Khidmat Masyarakat Simpang Jeram, Johor, pada 2 Dis lalu. Kementerian sudah membuat aduan laporan polis sebaik menerima ugutan tersebut.

Beliau menambah, pihak kementerian juga menunggu hasil siasatan polis bagi mengetahui motif sebenar suspek berbuat demikian. 

- BERNAMA/AQ/aq

Top