Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Suri rumah yang kelar anak dibenarkan jalani pemeriksaan psikiatri

Mahkamah membenarkan suri rumah yang hari ini (22 Jun) didakwa atas pertuduhan membunuh anak bongsunya berusia 19 bulan di Felda Jengka 13, Maran pada Ahad lalu (17 Jun), untuk menjalani pemeriksaan psikiatri di Hospital Permai, Johor Bahru.

Anggaran Waktu Membaca:
Suri rumah yang kelar anak dibenarkan jalani pemeriksaan psikiatri

(Gambar hiasan: Channel NewsAsia)

Diterbitkan : 22 Jun 2018 01:22PM Dikemas Kini : 22 Jun 2018 01:25PM

TEMERLOH: Mahkamah membenarkan suri rumah yang hari ini (22 Jun) didakwa atas pertuduhan membunuh anak bongsunya berusia 19 bulan di Felda Jengka 13, Maran pada Ahad lalu (17 Jun), untuk menjalani pemeriksaan psikiatri di Hospital Permai, Johor Bahru.

Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Temerloh Ti Pei Si membenarkan tertuduh Asmani Mat, 31 tahun, dirujuk ke hospital itu menyusuli permohonan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mustafa.

Cik Siti Hajar memohon kepada mahkamah supaya membenarkan tertuduh dirujuk ke Hospital Permai atas tujuan pemerhatian selama sebulan mengikut Kanun Acara Jenayah kerana tertuduh disyaki mengalami masalah mental ketika melakukan jenayah itu.

Terdahulu, tertuduh yang berpakaian lokap dan tidak diwakili peguam hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Cik Ti.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mengikut kertas pertuduhan, wanita itu membunuh anaknya Muhammad Nur Rashdan Muhammad Rizal, di kediaman mereka pada Ahad lalu (17 Jun) antara 8.30 malam hingga 9.30 malam.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 20 Julai sebagai tarikh sebutan semula kes itu di Mahkamah Majistret Maran bagi membolehkan semua laporan yang berkaitan termasuk laporan perubatan disiapkan.

Sebelum prosiding bermula pagi tadi (22 Jun) tertuduh kelihatan tidak fokus dan terganggu sehingga terpaksa ditenangkan oleh suaminya Muhammad Rizal Jusoh, 42.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan