Images
  • nurul izzah and anwar
    Nurul Izzah melahirkan rasa syukur untuk menyambut bulan Ramadan dengan kepulangan ayahnya. (Gambar: Instagram/ Nurul Izzah)

"Sudah lama sejak ciuman itu papa", luah Nurul Izzah

KUALA LUMPUR: "Sudah lama sejak ciuman itu, papa."

Demikian antara luahan hati Nurul Izzah, anak kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dibebaskan dari tahanan penjara hari ini.

Astro Awani melaporkan, ahli Parlimen Permatang Pauh itu, menerusi satu catatan di Instagram, melahirkan rasa syukur akan menyambut bulan Ramadan, dengan menyambut kepulangan ayahnya yang menerima pengampunan penuh oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Allah SWT dalam segala hikmah-Nya telah menganugerahkan kita kepulangan ini. Apa lagi cara yang lebih baik untuk menyambut Ramadan.

“Sebuah pengampunan berdasarkan keadilan yang tersasar. Satu perpisahan yang akhirnya disusuli dengan satu pelukan," tulis Nurul Izzah di akaun Instagramnya.

Naib Pengerusi PKR itu, seperti ditukil Astro Awani, turut menegaskan beliau akan berjuang bersama Datuk Seri Anwar bagi meneruskan reformasi dan keadilan di Malaysia.

“Saya sayang papa. Kita ada banyak lagi tugas untuk dilakukan. Banyak lagi ketidakadilan untuk diperbetulkan,” ujarnya, menurut Astro Awani.

Datuk Seri Anwar dikenakan hukuman penjara lima tahun pada 2015 atas tuduhan liwat, tuduhan yang dikatakan penyokongnya sebagai bermotifkan politik. 

- Agensi berita/IM/im

Top