Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Suami isteri maut, 10 cedera dalam kemalangan 5 kereta di Kota Tinggi

Sepasang suami isteri maut manakala 10 lain cedera ringan dalam kemalangan melibatkan lima kereta di Kilometer 59, Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, dekat Kota Tinggi malam tadi (16 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Suami isteri maut, 10 cedera dalam kemalangan 5 kereta di Kota Tinggi

Kemalangan melibatkan lima kereta dekat Kota Tinggi malam tadi (16 Jul). (Gambar: Info Kemalangan & Bencana Malaysia/ Facebook)

Diterbitkan : 17 Jul 2017 03:27PM Dikemas Kini : 17 Jul 2017 03:31PM

JOHOR BAHRU: Sepasang suami isteri maut manakala 10 lain cedera ringan dalam kemalangan melibatkan lima kereta di Kilometer 59, Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, dekat Kota Tinggi malam tadi (16 Jul).

Mangsa yang maut ialah Jamaludin Chemin, 56, dan Maimunah Abd Wahab, 52, berasal dari Felda Penggeli Timur, Kulai, yang difahamkan meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan di Hospital Kota Tinggi (HKT).

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Ahsmon Bajah berkata kemalangan berlaku sekitar 9.45 malam, melibatkan kereta jenis Toyota Caldina, Perodua Axia, Proton Iswara, Perodua Myvi serta Proton Exora.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu Toyota Caldina dari arah Sungai Rengit menghala ke Kota Tinggi dipercayai hilang kawalan dan memasuki arah bertentangan lalu bertembung dengan kenderaan lain," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ahsmon berkata kereta-kereta lain pula tidak sempat mengelak dan merempuh lalu menyebabkan kemalangan.

Katanya, kesemua mangsa dirawat di HKT.

Beliau sehubungan itu menasihati orang ramai supaya memandu mengikut had laju ditetapkan khususnya di kawasan jalan yang kurang lampu jalan.

Sumber : Bernama/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan