Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Suami ditetak mati di depan isteri sarat mengandung

Seorang lelaki ditetak hingga mati di depan isterinya yang sarat mengandung oleh seorang yang tidak dikenali, namun disyaki diupah oleh iparnya sendiri.

Anggaran Waktu Membaca:
Suami ditetak mati di depan isteri sarat mengandung

Gambar hiasan. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 15 Sep 2018 03:37PM Dikemas Kini : 15 Sep 2018 03:39PM

HYDERABAD: Seorang lelaki ditetak hingga mati di depan isterinya yang sarat mengandung oleh seorang yang tidak dikenali, namun disyaki diupah oleh iparnya sendiri.

IndiaToday melaporkan insiden mengerikan itu berlaku di bandar Miryalaguda di daerah Nalgonda, Telangana selepas pasangan itu berjumpa doktor.

Mangsa, Pranay Kumar, diserang semasa baru keluar dari hospital bersama isterinya Amruta Varshini. Pranay ditetak dengan sebilah parang yang ditinggalkan oleh penyerang yang melarikan diri daripada tempat kejadian.

Pranay dan Amrutha berkahwin enam bulan lalu. Menurut IndiaToday, perkahwinan mereka tidak direstui ibu bapa Amrutha kerana Pranay daripada kasta lain.

"Pasangan itu pergi ke hospital untuk pemeriksaan rutin dan apabila mereka keluar saja, seorang lelaki yang tidak dikenali menikamnya di bahagian leher. Wanita yang mengandung itu lari untuk menyelamatkan diri," kata seorang pegawai polis seperti ditukil IndiaToday.

Menurut pegawai itu lagi, pihak polis sedang meneliti rakaman CCTV dan sedang menyiasat sama ada keluarga mertua mangsa memainkan peranan dalam kes pembunuhan itu.

Dalam pada itu, keluarga Pranay menuntut penangkapan bapa Amrutha, Maruthi Rao, sambil menuduh beliau sebagai dalang pembunuhan itu.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan