Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Suami dakwa isteri ketagih media sosial, cekik isteri hingga mati

Ketagihan seorang wanita terhadap penggunaan laman media sosial Facebook dan WhatsApp akhirnya membawa padah apabila dia dibunuh suaminya.

Anggaran Waktu Membaca:
Suami dakwa isteri ketagih media sosial, cekik isteri hingga mati

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 18 Apr 2018 04:47PM Dikemas Kini : 18 Apr 2018 04:48PM

INDIA: Ketagihan seorang wanita terhadap penggunaan laman media sosial Facebook dan WhatsApp akhirnya membawa padah apabila dia dibunuh suaminya.

Luxmi, 32 tahun, dicekik suaminya Hariom, 35 tahun, ketika sedang tidur di rumah mereka di perumahan flat sektor 92, India pada Khamis lalu (12 Apr).

Menurut laporan India Times, suspek yang ditahan pada Jumaat (15 Apr) memberitahu polis bahawa dia bosan dengan kelakuan isterinya yang banyak menghabiskan masa berbual bersama kenalannya di media sosial.

“Saya sangat kecewa kerana dia tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai ibu dan isteri serta mengabaikan saya serta anak-anak kami,” kata Hariom ketika disoal siasat.

Sementara itu, ayah mangsa, Balwant Singh menyedari kematian anaknya pada keesokan hari apabila dia melihat mayat Luxmi terbaring di sebelah suaminya ketika melawat rumah mereka.

Singh kemudian menelefon polis dan suspek ditahan.

Menurut tertuduh, mereka sudah berkahwin sejak tahun 2006 dan dikurniakan dua orang anak.

Hubungan mereka sekeluarga amat baik pada tahun pertama sehingga mendorong suspek membelikan isterinya telefon bijak.

“Dua tahun lalu, kelakuannya perlahan-lahan berubah disebabkan telefon bijak tu sehingga dia mula mengabaikan anak-anak dan saya seperti kami tidak wujud.

“Dia juga tidak masak, kerja rumah tidak dilakukan malah dia tidak mahu menghantar anak-anak ke sekolah jika mereka tidak membuat kerja rumah sedangkan dia hanya menghabiskan masanya di Facebook dan WhatsApp,” tambahnya, menurut laporan The India Times.

Selain itu, akibat ketagihan isterinya, Hariom menjelaskan bahawa dia terpaksa menggalas semua tanggungjawab seperti bekerja dan menghantar anak-anak mereka ke sekolah dan asrama di Kurukshetra.

Bagaimanapun, menurut suspek, Luxmi tidak kisah walaupun anak-anaknya tidak di sisinya, malah menghabiskan lebih banyak masa dengan telefonnya.

"Oleh kerana dia tidak memberi saya melihat akaun media sosialnya, saya sangat curiga terhadapnya dan syak dia menjalin hubungan sulit.

“Kami bergaduh teruk pada malam Khamis dan ketika dia sedang tidur, saya tidak tahan lagi dengan kelakuannya itu,” jelasnya lagi kepada polis. 

Sumber : Agensi berita/SM/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan