Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Stesen MRT Los Angeles pertama di AS pasang alat imbas tubuh

Perkhidmatan kereta api bawah tanah Los Angeles menjadi sistem MRT pertama di Amerika Syarikat dipasang dengan alat pengimbas tubuh untuk mengesan senjata dan bahan letupan.

Anggaran Waktu Membaca:
Stesen MRT Los Angeles pertama di AS pasang alat imbas tubuh

(Gambar: Petikan video AP)

Diterbitkan : 16 Aug 2018 09:55PM Dikemas Kini : 16 Aug 2018 09:59PM

LOS ANGELES: Perkhidmatan kereta api bawah tanah Los Angeles menjadi sistem MRT pertama di Amerika Syarikat dipasang dengan alat pengimbas tubuh untuk mengesan senjata dan bahan letupan.

Alat pengimbas mudah alih itu boleh melakukan imbasan seluruh tubuh orang yang melaluinya untuk ke stesen.

Mereka tidak pula perlu berjalan perlahan apabila melaluinya.

Alat ini boleh mengesan barang mencurigakan dari jarak sembilan meter dan berupaya mengimbas lebih 2,000 orang dalam masa sejam.

Orang ramai tidak dipaksa untuk menjalani imbasan ini tetapi mereka yang tidak melakukannya dilarang naik kereta api.

Pihak berkuasa pengangkutan Los Angeles tidak mendedahkan jumlah alat pengimbas yang sudah dibelinya.

Ia setakat menyatakan alat-alat itu akan mula digunakan di stesen-stesen kereta api bawah tanah bandar ini dalam masa beberapa bulan akan datang.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan