Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Stephen Hawkings meninggal dunia pada usia 76 tahun

Ahli fizik terkemuka Britain, Stephen Hawking, meninggal dunia pada usia 76 tahun, kata seorang jurucakap keluarganya hari ini (14 Mac). 

Anggaran Waktu Membaca:
Stephen Hawkings meninggal dunia pada usia 76 tahun

Stephen Hawkings. (Gambar: NIKLAS HALLE'N/AFP)

Diterbitkan : 14 Mar 2018 02:13PM Dikemas Kini : 14 Mar 2018 02:18PM

LONDON: Ahli fizik terkemuka Britain, Stephen Hawking, meninggal dunia pada usia 76 tahun, kata seorang jurucakap keluarganya hari ini (14 Mac). 

Profesor itu meninggal dunia dengan tenang ketika tidur di kediamannya di Cambridge, London, kata jurucakap tersebut. 

Hawking, tokoh legenda dalam sejarah moden bidang fizik, menghasilkan beberapa karya yang laris berkaitan sains termasuk "A Brief History of Time," meskipun terpaksa bergerak menggunakan kerusi roda selepas diserang gangguan neuron motor pada 1963.

Beliau turut membuat penampilan khas dalam beberapa buah filem dan siri televisyen yang memaparkan topik berkaitan alam semesta yang disiarkan oleh Khidmat Penyiaran Awam Amerika Syarikat (PBS) serta National Geographic Channel. 

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan