Stadium Qatar jalani peningkatan besar-besaran jelang Piala Dunia 2022
Stadium Khalifa di Doha sudah menjalani kerja peningkatan besar-besaran untuk digunakan bagi pertandingan bola sepak Piala Dunia 2022.
DOHA: Stadium Khalifa di Doha sudah menjalani kerja peningkatan besar-besaran untuk digunakan bagi pertandingan bola sepak Piala Dunia 2022.
Ini termasuk memasang sistem penyaman udara.
Stadium ini bakal menjadi tempat pertandingan bola sepaknya yang pertama Jumaat ini sejak ia selesai menjalani kerja ubah elok .
Perlawanan akhir Piala Amir itu antara pasukan Al Sadd dengan Al Rayyan.
Stadium Khalifa kini boleh menampung sehingga 48,000 penonton berbanding 40,000 sebelumnya.
Ia juga merupakan arena Piala Dunia yang pertama siap.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.