SPRM sahkan terima laporan rasuah terhadap Zahid Hamidi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini (16 Dis) mengesahkan menerima laporan dakwaan rasuah terhadap Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi sewaktu pemilihan parti itu, Julai lepas.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini (16 Dis) mengesahkan menerima laporan dakwaan rasuah terhadap Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi sewaktu pemilihan parti itu, Julai lepas.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Azam Baki berkata laporan tersebut dibuat pada Jumaat lalu (14 Dis).
“Ya. Memang ada ‘report’ dibuat kepada SPRM. Jadi, kita akan lihat kepada ‘report’ ini dan sekiranya memang ada unsur-unsur rasuah, SPRM akan menjalankan siasatan.
“Baru sahaja diterima Jumaat… Jadi tindakan akan diambil secepat mungkin,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Laporan terhadap Dr Ahmad Zahid itu dibuat di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.
Ia mendakwa Presiden UMNO itu menyogok anggota-anggota parti itu bagi memenangi jawatan presiden sewaktu pemilihan parti.
Laporan itu turut menyatakan mempunyai nama-nama saksi terlibat termasuk bukti-bukti seperti gambar dan dokumen.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.