SPRM sah terima aduan rasuah terhadap Ahmad Zahid Hamidi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Ahad (16 Dis) mengesahkan menerima aduan mengenai dakwaan rasuah terhadap Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi sewaktu pemilihan parti itu, Julai lepas.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Ahad (16 Dis) mengesahkan menerima aduan mengenai dakwaan rasuah terhadap Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi sewaktu pemilihan parti itu, Julai lepas.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Encik Azam Baki berkata aduan tersebut sudah dibuat pada Jumaat lalu.
“Ya. Memang ada ‘aduan’ dibuat kepada SPRM. Jadi, kita akan lihat kepada ‘aduan’ ini dan sekiranya memang ada unsur-unsur rasuah, SPRM akan menjalankan siasatan.
“Baru sahaja diterima Jumaat… Jadi tindakan akan diambil secepat mungkin,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Aduan terhadap Dr Ahmad Zahid Hamidi itu dibuat di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.
Ia mendakwa Presiden UMNO itu sudah menyogok anggota-anggota parti itu bagi memenangi jawatan presiden sewaktu pemilihan parti.
Aduan itu turut menyatakan mempunyai nama-nama saksi terlibat termasuk bukti-bukti seperti gambar dan dokumen.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.