Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Skandal rasuah: Pengerusi SK Group diarah beri keterangan

Dalam siasatan lanjut skandal rasuah besar di Korea Selatan, pengerusi syarikat SK Group pula diarah memberi keterangan kepada pihak pendakwa raya siang tadi (18 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Skandal rasuah: Pengerusi SK Group diarah beri keterangan

CEO SK Group, Chey Tae-won (tengah). (Gambar fail: AFP/Kim Jae-hwan)

Diterbitkan : 18 Mar 2017 07:04PM Dikemas Kini : 18 Mar 2017 07:07PM

SEOUL: Dalam siasatan lanjut skandal rasuah besar di Korea Selatan, pengerusi syarikat SK Group pula diarah memberi keterangan kepada pihak pendakwa raya siang tadi (18 Mac).

Encik Chey Tae-won dipercayai disoal tentang perbincangan antara syarikatnya dengan pihak Presiden Park Geun-hye dalam tahun 2015.

Perbincangan itu berlangsung sekitar masa Encik Chey dibebaskan dari penjara setelah beliau mendapat keringanan bagi hukuman penjaranya selama empat tahun kerana menggelapkan wang.

SK Group merupakan syarikat milik keluarga yang ketiga terbesar di Korea Selatan.

Kumpulan syarikat itu terlibat dalam perniagaan bahan kimia, telekom dan semikonduktor.

Sumber : Agensi berita/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan