Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Siswa 19 tahun maut setelah jatuh terhempas di tanah perkuburan Melaka

Ajal ternyata boleh tiba pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja - termasuk di tanah perkuburan.

Anggaran Waktu Membaca:
Siswa 19 tahun maut setelah jatuh terhempas di tanah perkuburan Melaka

Sebuah tanah perkuburan Islam. (Gambar hiasan: AFP/ADEK BERRY)

Diterbitkan : 18 Mar 2017 09:42PM Dikemas Kini : 18 Mar 2017 09:46PM

MELAKA: Ajal ternyata boleh tiba pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja - termasuk di tanah perkuburan.

Seorang penunggang motosikal berusia 19 tahun merempuh sebuah tanah perkuburan Islam di Jalan Lendu, Melaka, sebelum jatuh terhempas di atas sebuah kubur dan maut di situ juga.

Menurut akhbar New Straits Times (NST), mangsa, Muhammad Faiz Akmal Mohd Radzali, hilang kawalan motosikalnya hingga tergelincir ke tepi jalan dalam kejadian pada 11.15 malam semalam itu (17 Mac).

Allahyarham kemudian merempuh gerbang tanah perkuburan tersebut, tercampak dari motosikalnya, lalu terhempas di atas sebuah kubur konkrit.

Allahyarham, seorang mahasiswa tahun pertama jurusan pertanian di Universiti Kolej Agrosains Malaysia di Ayer Paabas, ketika itu sedang menunggang motosikalnya dari Ayer Paabas ke Lendu, menurut NST.

Mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.

NST melaporkan, kes itu sedang disasat di bawah Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 iaitu kematian akibat memandu secara berbahaya. 

Sumber : Agensi berita/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan