Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Siasatan mula dijalankan di tapak serangan kimia Douma

Para penyiasat daripada badan pemerhati kimia OPCW mula menjalankan pemeriksaan hari ini (15 Apr) di tapak berdekatan Damsyik di mana serangan kimia dilaporkan berlaku. Ini didedahkan oleh seorang pegawai kanan tempatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Siasatan mula dijalankan di tapak serangan kimia Douma

Penunjuk perasaan menolak tindak balas ke atas Syria. (Gambar: Haidar Mohammed Ali/ AFP)

Diterbitkan : 15 Apr 2018 06:04PM Dikemas Kini : 15 Apr 2018 06:10PM

DAMSYIK: Para penyiasat daripada badan pemerhati kimia OPCW mula menjalankan pemeriksaan hari ini (15 Apr) di tapak berdekatan Damsyik di mana serangan kimia dilaporkan berlaku. Ini didedahkan oleh seorang pegawai kanan tempatan.

"Pasukan itu tiba di Damsyik semalam (14 Apr) dan dijangka berangkat ke Douma hari ini," kata Timbalan Menteri Ehwal Luar Ayman Soussan.

Delegasi daripada Pertubuhan Larangan Penggunaan Senjata Kimia, yang berpangkalan di The Hague, ditugaskan untuk menjalankan siasatan terhadap serangan pada 7 April di Douma, timur Damsyik.

Kuasa-kuasa Barat menyatakan bahawa bahan-bahan kimia, kemungkinan besar klorin dan sarin, digunakan dalam serangan tersebut dan sekurang-kurangnya 40 orang awam maut.

Damsyik dan sekutunya, Rusia, menafikan serangan itu berlaku. Serangan itu juga mendorong Amerika Syarikat, Perancis dan Britain untuk melakukan tindak balas semalam (14 Apr).

Encik Soussan berikrar pemerintah Syria tidak akan menghalang pakar-pakar kimia itu daripada menjalankan siasatan.

"Kami akan memastikan mereka boleh bertugas secara profesional, objektif, adil dan bebas daripada sebarang tekanan," katanya.  

Sumber : AFP/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan