Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Siasatan kematian Muhammad Adib diklasifasikan semula sebagai kes bunuh

Kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim kini disiasat dan diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh, kata Timbalan Ketua Polis Selangor Ab Rashid Ab Wahab.

Anggaran Waktu Membaca:
Siasatan kematian Muhammad Adib diklasifasikan semula sebagai kes bunuh

Anggota bomba Malaysia, Muhammad Adib Mohd Kassim.

Diterbitkan : 18 Dec 2018 07:24AM Dikemas Kini : 18 Dec 2018 07:26AM

KUALA LUMPUR: Kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim kini disiasat dan diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh, kata Timbalan Ketua Polis Selangor Ab Rashid Ab Wahab.

Kes sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana percubaan membunuh tetapi kini diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Muhammad Adib, 24 tahun, yang cedera parah dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya bulan lalu, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 9.41 malam semalam (17 Dis).

Perkara itu disahkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin kepada pemberita di IJN.

Dalam kejadian awal pagi 27 Nov lalu, Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, cedera parah dipercayai dipukul sekumpulan perusuh ketika menyertai operasi memadam kebakaran di hadapan kuil itu.

Allahyarham pada asalnya dirawat di sebuah hospital swasta di Subang Jaya, sebelum dipindahkan ke IJN pada hari sama.

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan