Images
  • antonio
    Antonio Guterres. REUTERS/Rafael Marchante

Setiausaha Agung PBB kutuk serangan udara ke atas Yaman

PBB: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) António Guterres mengutuk serangan udara oleh perikatan tentera yang diketuai Arab Saudi di Yaman pada Khamis (9 Ogos) yang membunuh puluhan orang, kebanyakannya kanak-kanak.

Encik Guterres juga menyeru supaya siasatan bebas dilakukan segera berhubung serangan di wilayah Saada itu, kubu kuat pihak pemberontak Houthi.

Pihak pemberontak mendakwa 39 orang terbunuh dan 51 lagi cedera dalam serangan tersebut.

Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa pula menyatakan 29 kanak-kanak dalam kalangan mereka terbunuh, manakala 30 lagi kanak-kanak cedera.

Menurut Palang Merah serangan udara perikatan tentera Arab itu terkena sebuah bas yang membawa kanak-kanak di sebuah pasar.

Kesemua kanak-kanak itu berusia bawah 15 tahun.

Bagaimanapun perikatan tentera Arab berkata serangannya di Saada disasarkan ke arah pelancar-pelancar peluru berpandu yang digunakan Houthi menyerang bandar perindustrian Jizan, di bahagian selatan Saudi.

Perikatan itu juga menuduh Houthi menjadikan kanak-kanak sebagai perisai manusianya 

- Agensi berita/MU/tq

Top