Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Serangan tembakan rambang di Kanada, ragut 4 nyawa

Dalam kejadian tersebut, seorang lelaki berusia 48 tahun melepaskan tembakan di sebuah kompleks perumahan dengan menggunakan senapang dari sebuah rumah.

Anggaran Waktu Membaca:
Serangan tembakan rambang di Kanada, ragut 4 nyawa

Gambar hiasan. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 11 Aug 2018 07:04PM Dikemas Kini : 11 Aug 2018 07:08PM

KANADA: Polis Kanada menangkap seorang lelaki yang disyaki melepaskan tembakan rambang di bandar Fredericton, di bahagian timur negara itu sekitar 7.00 pagi semalam (10 Ogos).

Empat orang terbunuh termasuk dua anggota polis.

Dalam kejadian tersebut, seorang lelaki berusia 48 tahun melepaskan tembakan di sebuah kompleks perumahan dengan menggunakan senapang dari sebuah rumah.

Polis menyatakan bahawa orang yang disyaki itu mengalami cedera parah. Motif tindakannya belum diketahui tetapi polis percaya ia bukan kejadian yang mengancam keselamatan negara.

Bagaimanapun insiden tersebut merupakan keganasan melibatkan penggunaan senjata api yang kedua di Kanada dalam masa tiga minggu.

Ia mencetuskan desakan dari orang ramai bagi pengharaman senjata api di bandar-bandar Kanada.

Sumber : Reuters/MU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan