Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Serangan tembakan Manchester: Kanak-kanak di kalangan 10 yang cedera

Pengendali perayaan, Encik Mike Bisson menyifatkan serangan tembakan itu sebagai "sesuatu yang terpencil" dan menyatakan bahawa "ia tiada kaitan dengan karnival tersebut".

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Aug 2018 09:42PM Dikemas Kini : 12 Aug 2018 09:52PM

MANCHESTER, ENGLAND: Satu kejadian tembakan berlaku di Manchester, England hari ini (12 Ogos) mengakibatkan 10 orang terpaksa dihantar ke hospital.

Kejadian tembakan itu berlaku di kawasan Moss Side sekitar 2.30 pagi, hanya beberapa jam selepas berakhirnya Karnival Caribbean Manchester.

10 orang yang cedera termasuk dua kanak-kanak. Bagaimanapun polis menyatakan kecederaan yang dialami mereka tidak mengancam nyawa.

Polis masih menyiasat identiti penembaknya.

Pengendali perayaan, Encik Mike Bisson menyifatkan serangan tembakan itu sebagai "sesuatu yang terpencil" dan menyatakan bahawa "ia tiada kaitan dengan karnival tersebut".

Moss Side merupakan salah satu kawasan paling bobrok di Britain. Banyak kes tembakan berkaitan kumpulan samseng berlaku di Moss Side sehingga pertengahan tahun-tahun 2000.

Menurut polis, selama beberapa hari nanti, lebih ramai pegawai polis akan melakukan rondaan di kawasan tersebut bagi menenangkan para penduduk. 

Sumber : Agensi berita/MU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan