Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Seorang maut dalam kemalangan 3 lori dekat Tol Senawang

Seorang maut dan seorang lagi cedera dalam kemalangan melibatkan tiga buah lori di KM254.3 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan berhampiran Plaza Tol Senawang pagi ini (21 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Seorang maut dalam kemalangan 3 lori dekat Tol Senawang

Kemalangan di KM254.3 Lebuhraya Utara Selatan. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 21 Nov 2018 10:15AM Dikemas Kini : 21 Nov 2018 10:19AM

SEREMBAN: Seorang maut dan seorang lagi cedera dalam kemalangan melibatkan tiga buah lori di KM254.3 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan berhampiran Plaza Tol Senawang pagi ini (21 Nov).

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Thiew Hock Poh berkata kemalangan berlaku pada jam 5.46 pagi.

"Kita menerima maklumat mengenai kejadian melibatkan dua buah lori treler dengan sebuah lori tangki. Setakat ini, seorang dilaporkan maut dan seorang cedera," katanya.

Ketiga-tiga lorong di lebuh raya berkenaan ditutup sepenuhnya. Laluan alternatif pula dibuka bagi para pemandu.

"Pihak trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban dan Lebuhraya Plus menyediakan laluan alternatif untuk pengguna lebuh raya iaitu dari arah masuk ke tol Senawang dan melalui Rembau untuk pemandu yang ingin menuju ke arah Selatan. Manakala aliran trafik menuju ke arah Utara lancar seperti biasa," katanya. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan