Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Senator kanan AS tuding jari ke arah Putera Mahkota Saudi atas kematian Khashoggi

Para senator kanan Amerika Syarikat semalam (4 Dis) menggesa agar sekatan-sekatan dikenakan terhadap Arab Saudi, sambil mengancam akan menentang penjualan senjata api kepada negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Senator kanan AS tuding jari ke arah Putera Mahkota Saudi atas kematian Khashoggi

Gambar fail Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman. (Gambar: Bandar Algaloud/ Mahkamah Diraja Saudi/Reuters)

Diterbitkan : 05 Dec 2018 07:28AM Dikemas Kini : 05 Dec 2018 07:32AM

WASHINGTON: Para senator kanan Amerika Syarikat semalam (4 Dis) menggesa agar sekatan-sekatan dikenakan terhadap Arab Saudi, sambil mengancam akan menentang penjualan senjata api kepada negara itu.

Para senator tersebut sudah diberikan taklimat mengenai pembunuhan wartawan rakyat Arab Saudi Jamal Khashoggi oleh ketua CIA Gina Haspel.

Mereka kini lebih yakin bahawa orang yang mengarahkan pembunuhan itu adalah Putera Mahkota Arab Saudi Mohammad bin Salman, atau lebih dikenali sebagai MBS.

Cik Haspel memberi taklimat tersebut kepada para senator secara tertutup. Namun, tidak jelas tentang bukti-bukti yang dibentangkan kepada para senator.

Para senator itu menuntut agar beliau memberi taklimat tersebut setelah gagal berbuat demikian minggu lalu.

Semasa taklimat pada minggu lalu, Setiausaha Negara Amerika Syarikat Mike Pompeo dan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat James Mattis mendakwa bahawa tiada "sebarang bukti munasabah" yang mengaitkan MBS dengan pembunuhan itu.

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump juga mendakwa bahawa tiada sebarang bukti muktamad yang menunjukkan MBS ada kaitan dengan pembunuhan tersebut.

Para senator bagaimanapun tidak percaya dengan dakwaan itu selepas diberi taklimat oleh Cik Haspel.

Sumber : Reuters/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan