Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Semua pihak PH perlu akur Anwar tanding di Port Dickson

Semua pihak dalam Pakatan Harapan (PH) perlu akur dengan keputusan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim untuk bertanding di kerusi Parlimen Port Dickson.

Anggaran Waktu Membaca:
Semua pihak PH perlu akur Anwar tanding di Port Dickson

Gambar fail Anwar Ibrahim. (Gambar: Olivia Harris/Reuters)

Diterbitkan : 15 Sep 2018 02:43PM Dikemas Kini : 15 Sep 2018 02:49PM

ALOR SETAR: Semua pihak dalam Pakatan Harapan (PH) perlu akur dengan keputusan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim untuk bertanding di kerusi Parlimen Port Dickson.

Naib Presiden Parti Amanah Mahfuz Omar berkata sokongan padu daripada anggota dan kepimpinan parti gabungan adalah perlu jika mahu melihat PH menang dan seterusnya dapat mempertahankan kerusi parlimen tersebut.

“Pendirian kita (Amanah) akan terus menyokong sepenuhnya Anwar bertanding di kerusi tersebut dan akan turut menyertai kempen pilihanraya di kawasan itu sebaik mungkin kerana beliau (Anwar) telah membuat keputusan dan semua pihak harus menghormati.

 “Memang ada pelbagai komen orang mengenainya, tetapi bagi kita ia adalah komitmen Pakatan Harapan (PH) yang di capai sebelum Pilihanraya Umum ke-14 (PRU-14),” katanya kepada Bernama pada program Kayuhan Merdeka 2018 di Alor Setar pada Sabtu (15 Sep).

Kira-kira 150 orang peserta menyertai kayuhan pada jarak 150 kilometer di sekitar Alor Setar.

Encik Mahfuz yang juga Anggota Parlimen Pokok Sena berkata, sikap penyandang anggota Parlimen Port Dickson, Danyal Balagopal Abdullah yang berkorban demi memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding dan menyertai pasukan kabinet Dr Mahathir harus dipuji bagi menjayakan pelan peralihan kuasa Anwar menjadi Perdana Menteri ke-8.

 “Anwar pun kata dalam masa ini bukan tujuan dia nak jadi Perdana Menteri lagi , tapi dia nak ‘reform’ parlimen dan sudah tentu menyertai team kabinet Tun Mahathir sebelum Tun Mahathir melepaskan kepada Anwar dan itu lebih cantik dipandang,” katanya.

Sehubungan itu, Encik Mahfuz meminta semua pihak tidak mempolemikkan isu itu dan kembali bersatu hati untuk menumpukan kepada pilihanraya kecil Parlimen Port Dickson nanti.

Dalam pilihan raya umum yang lepas, Encik Danyal Balagopal berjaya memenangi kerusi itu dengan majoriti 17,710 undi di mana beliau telah memperoleh 36,225 undi berbanding 18,515 undi oleh calon Barisan Nasional dan 6,594 undi (PAS).

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan