Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Seleweng dana PRU14: RM1.19 juta, 3 kenderaan disita

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita wang tunai mencecah RM1.19 juta (S$0.40 juta) menyusuli penahanan 17 pegawai dan pengawal keselamatan Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada Selasa lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Seleweng dana PRU14: RM1.19 juta, 3 kenderaan disita

Logo Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). (Gambar: Facebook/SPRM)

Diterbitkan : 10 Aug 2018 10:29PM Dikemas Kini : 10 Aug 2018 10:44PM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita wang tunai mencecah RM1.19 juta (S$0.40 juta) menyusuli penahanan 17 pegawai dan pengawal keselamatan Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada Selasa lalu.

Menurut sumber SPRM, selain itu terdapat juga sitaan terbaru kenderaan iaitu sebuah Subaru Impreza dan sebuah Toyota Vios, serta sebuah motosikal jenama Honda.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan jumlah terkini penyitaan wang berkenaan.

“SPRM bercadang untuk memanggil bekas Perdana Menteri Najib Razak berhubung dakwaan beliau bahawa dana RM3.5 juta itu dimiliki oleh UMNO,” katanya yang enggan mengulas lanjut.

Semalam, SPRM menyita beberapa lagi aset berharga disyaki hasil penyalahgunaan wang dana Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lepas berhubung kes ini.

Antara aset yang disita termasuk wang tunai berjumlah RM978,800, (S$327,800) lima kereta, 11 motosikal, lima bentuk cincin, seutas gelang, empat utas rantai, 11 telefon bimbit serta perkakas elektrik.

Lima buah kenderaan berkenaan adalah sebuah Volkswagen Golf GTI, tiga buah Honda dan sebuah Perodua Alza, manakala 11 motosikal terdiri daripada lima buah jenama Yamaha dan selebihnya jenama Honda.

Selasa lepas, kesemua 17 suspek ditahan semasa hadir memberi keterangan di Ibu pejabat SPRM Putrajaya, antara 2.45 petang hingga 3.15 petang serta disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Mereka direman selama lima hari bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana PRU14 berjumlah RM3.5 juta (S$1.17 juta). 

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan