Images
  • scott morrison serious look
    Gambar fail Scott Morrison (Gambar: Reuters)

Selepas serangan tikaman, ancaman pengganasan kekal 'mungkin' berlaku: PM Australia

SYDNEY: Perdana Menteri Australia Scott Morrison berkata pada Sabtu (10 Nov) bahawa tahap ancaman serangan pengganas di negara itu kekal sebagai "mungkin". Beliau berkata demikian sehari selepas satu serangan bersenjatakan pisau berlaku di Melbourne, yang menurut pihak polis dipengaruhi ISIS.

Australia menggunakan sistem penarafan lima peringkat bagi ancaman pengganasan, dan "mungkin" adalah tahap ancaman peringkat pertengahan. Tahap ancaman diletakkan di peringkat ini sejak sistem penarafan itu diperkenalkan pada 2015.

Encik Morrison memberitahu para wartawan bahawa pemahaman radikal terhadap Islam menimbulkan ancaman terhadap negara itu.

"Saya perlu tarik perhatian kepadanya. Islam yang radikal, ganas dan melampau bercanggah dengan cara hidup kita," katanya.

LAPORAN BERKAITAN:

- Reuters/TQ/tq

Top